Saturday 6 October 2012

ANUGERAH BLOCKBUSTER 2011

OK yesterday gua telah mengahadiri acara gilang gemilang di Stadium Melawati Shah Alam...
acara tersebut adalah ANUGERAH BLOCKBUSTER 2011 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (104)...

OK pada awalnya gua memang tidak rancang nak pi tengok acara ni...
tapi tiba-tiba gua dapat call dari seorang member gua iaitu seorang reporter dari majalah atau suratkhabar sekian-sekian mengatakan gua mendapat tiket free (diulangi TIKET FREE) untuk menyaksikan acara tersebut jadi gua pun apa lagi terus on je lah aahaaaiiii...

OK banyak lah jugak kategori yang dipertandingkan untuk malam anugerah ni...
hadiah-hadiahnya juga lumayan lahhh...kalau gua dapat memang gua terus masuk meminang mana-mana awek cun lah...
untuk setiap kategori, pemenang akan dapat sebuah trofi dan wang tunai RM5000 dan untuk Anugerah Filem Terhebat pula akan menerima trofi dan RM10,000...WOHOOOOO....

OK pengacara untuk malam tersebut tidak menghampakan jugaklah...
pengacara tersebut adalah Lisa Surihani, Zizan Razak dan juga Afdlin Shauki...
artis-artis yang turun untuk persembahan pulak ialah Dato' Siti Nurhaliza (my feverettt), Bunkface, Hazama, Awi Rafael, Amy Search dan ramai lagi lah... 
tapi bagi gua yang paling menarik tentulah persembahan penutup iaitu persembahan Dato' Siti Nurhaliza, Bunkface dan Hazama... Dato' Siti Nurhaliza comel semalam ahhhh...
oh ye, keputusan semua berdasarkan undian penonton melalui online dan sms...

OK ni pulak pemenang-pemenang bagi kategori yang telah depertandingkan :
ANUGERAH FILEM TERHEBAT - KL Gangster
ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT - Syamsul Yusof (KL Gangster)
ANUGERAH DIREKTOR TERBARU TERHEBAT - M. Suryaa (Sumpahan Puaka)
ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT - KL Gangster
ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT - Hantu Bonceng
ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT - Khurafat
ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT - Nur Kasih The Movie
ANUGERAH HERO TERHEBAT - Zizan Razak (Hantu Bonceng)
ANUGERAH HEROIN TERHEBAT - Yana Shamsudin (Bini-biniku Gangster)
ANUGERAH WATAK PENYANGAK TERHEBAT - Fikri Bakar (Klip 3gp)
ANUGERAH LAGU FILEM TERHEBAT - Ombak Rindu-Hafiz & Adira
ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT - Shahir (Karak)
ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT - Tasha Shila (Ratu The Movie)
ANUGERAH ASTRO FIRST TERHEBAT - Kongsi
ANUGERAH KHAS PFM - Syamsul Yusof

OK apa-apa hal pun, tahniah pada Syamsul Yusof sebab berjaya bawa pulang 5 anugerah...
juga pada Zizan Razak sebab ramai yang jangka Aaron Aziz akan dapat Anugerah Hero Terhebat...
tahniah juga pada semua pemenang-pemenang yang lain...
yang tidak menang pula janganlah kecewa...teruslah berjuang bagi memajukan industri Seni negara kita OK

gua merepek please baca

Saturday 29 September 2012

ITS STUDY WEEK TIME YAWWW...

OK da lama giler ar gua tidak merepek...korang semua apa khabar...mesti tidak merindui gua kan? ciss....
hahaha gua baru sekarang ni lah ada time nak merepek sini sebab selama ni sibuk je dengan study, class semua benda berkaitan dengannyalah...

OK disebabkan sekarang ni study week jadi gua adalah masa untuk merepek...
nama je study week tapi dari start hari pertama study week sampai lah sekarang ni nak habis study week satu apa pun gua belum study lagi...
bukan apa lah, study week gua busy dengan screening lah, short film lah...tapi itu takpelah jugak sebab itu boleh dikatakan sebahagian daripada gua punya study...
tapi yang menjadi masalahnya time study week ni lah teman-teman gua gatal nak ajak gua gi karok la apa lah...
dan seperti kebiasaan lah, gua bukannya reti nak kawal nafsu ni jadi karok lebih menjadi pilihan gua berbanding study...
ayat gua kat member salu camni, 'boleh je tapi taknak lama-lama sangat lah ye'... tapi bila dah masuk bilik karok tu gua bantai berapa banyak lagu macam orang gila dah...
akhirnya dari 'taknak lama-lama' itu hanyalah menjadi omong kosong ahhh hampesss...

OK jadi kesimpulannya korang jangan jadi macam gua...
jadikan study week ini sebagai waktu untuk korang study...
apa-apahal doakan gua semoga dapat score untuk exam nanti amin.... kiss sikit...


Sunday 5 August 2012

BAJU RAYA SELUAR RAYA KASUT RAYA YEAYYY!!!

OK waddup yo?! how is your puasa la everybody? 
puasa penuh kan? Alhamdulillah kalau puasa penuh, kalau tak puasa tidak boleh raya ye...


OK hari raya sudah hampir menjelang tiba...
pasti semua orang bergembira tak kira bangsa atau agama...
betul lah tak kira bangsa dan agama sebab time ni yang Islam seronok nak sambut kemenangan sebab berjaya puasa, dan ada juga yang bukan Islam yang boleh join sekaki gembira juga seperti penjual perabot, pakaian dan apa-apa yang diperlukan untuk sambut raya...

OK bagi gua pun mestilah tak sabar nak sambut raya ni...
kalau dulu gua tak sabar sebab time hari raya gua dapat duit raya...
kadang-kadang boleh sampai RM1000...
tapi sekarang ni disebabkan usia yang semakin meningkat jadi duit raya tak dapat la huhuhuhu....

OK tapi sekarang ada juga yang masih sama seperti dulu...
kalau time hari raya, ayah gua mesti beli baju baru, kasut baru untuk anak-anaknya...
sedangkan abang gua yang sulung dah umur 28 tahun pun ayah gua belikan jugak...
hihihi time ni lah nak bergaya kan...

OK yang paling penting gua harap semoga hari raya tahun ni lebih gembira dari dulu...
semoga lu orang semuac pun enjoice ya hari raya ni...
kalau tak dapat duit raya ke tak mengapa oh tak mengapa...
yang penting kita dapat berkumpul dengan saudara mara kita yang dah lama tak berjumpa...
time ni kita nak berkumpul ramai-ramai kan?
jadi...semoga selamatlah berhari raya ok...


gua merepek please baca ok

Sunday 22 July 2012

PABILA TUDUNG SEKADAR 'BUNGKUSAN' SAHAJA

OK apa khabaq teman-teman...
oh ya, mungkin ramai ya dia antara kalian ini yang tertanya-tanya apa yang gua nak merepek setelah membaca tajuk entry gua kali ini...
sejujurnya gua tak tau sama ada tajuk yang gua gunakan ini sesuai atau tidak tetapi gua tibai je lah...
ahhh apa ku kesah apa ku kesahhh...

OK "PABILA TUDUNG SEKADAR 'BUNGKUSAN' SAHAJA"...
kenapa gua mengatakan tudung sekadar bungkusan sahaja? kenapa gua katakan 'bungkusan' berserta highlight berwarna kuning seperti '     '?
misteri kan? ahhh sangat misteri gua ni...lelaki kacak memang begitu...

OK lah sebenarnya baru beberapa seketika tadi gua tengah lepak ngan member gua...
dia seorang India, kalau nak kenal dia nama beliau adalah Linges, umur 20 tahun, single dan macho...dia ada kete proton saga baru wooo...kaler itam lagi tu...
ok sila add FB dia...
tadi gua sembang lah dengan dia pasal awek, pasal tempat kitorang study...
pastu sembang punya sembang, tengah baik punya sembang tiba-tiba beliau tanya, "tempat ko study tak ada awek yang baik tak? awek yang pakai tudung dan berperangai baik?" tanya dia...
lalu si Linges ini juga menyambung ayatnya lagi berbunyi begini "aku rasa macam apa tah tengok ada video awek pakai tudung pastu @#&##* (ok ini korang paham-pahamkan je lah apa yang dimaksudkan)...kalau nak @#&##* pun bukak lah tudung tu...lebih baik jangan pakai tudung langsung...buat malu orang pakai tudung je macamtu..." 
lebih kurang begitulah ayatnya, dan dia juga ada juga sikit meluahkan kekesalan beliau dengan gadis-gadis memakai tudung ibarat tudung tu sekadar bungkusan sahaja...
beliau juga meluahkan perasaan kecewanya bukan hanya pada awek bertudung sahaja 
tetapi yang free hair juga tetapi lebih ditekankan pada yang bertudung lah...

OK bila gua dengar member gua tu cakap camtu gua timbul sedikit rasa segan...
kalau ada lubang mesti gua dah menyorok dalam lubang time tu...
yela, dia itu seorang yang berketurunan India lepastu berbangsa Hindu pun boleh rasa hampa pabila anak-anak gadis Melayu kita ni buat benda yang boleh menjatuhkan maruah mereka sendiri...
anak muda bernama Linges ini juga berfikir, "dorang tak pikir ke kalau dorang kahwin nanti apa perasaan laki mereka kalau dapat tau isteri mereka sudah...(ok malas gua sambung ayat seterusnya)"...

OK kepada gadis-gadis Melayu kita ni yang beragama Islam ni, tak kisah lah korang bertudung ke tidak ke...
korang tak rasa malu ke bila seorang yang bukan beragama Islam, bangsa lain dari kamu ni meluahkan perasaan begitu?
gua tau mungkin akan ada yang kondem gua macam-macam cakap gua kolot lah...
tapi gua tetap nak tanya, korang tak berasa malu kah begitu?
mungkin korang cakap ini waktu muda, waktu happy-happy...
tak salah korang nak happy-happy, Islam tak larang nak happy-happy tapi ada bataslah jugak kan...
kemudian jagalah korang punya 'maruah' itu ye...terutamanya yang memakai tudung itu ye...
jangan anggap tudung tu sebagai fesyen, trend atau penutup nak cover lovebites kat tengkuk tu...
tudung tu dah memang sinonim dengan Islam...
kalau orang tengok seorang perempuan tu pakai tudung, orang tu takkan cakap perempuan tu orang Yahudi, Kristian tetapi ISLAM...
jadi jagalah maruah kamu wahai gadis...

kehebatan kamu bukan dikira berdasarkan berapa banyak lelaki yang dapat kamu pikat atau berapa banyak lelaki yang dapat kamu puaskan...
TETAPI...
kehebatan kamu dikira berdasarkan betapa kuatnya kamu menjaga maruah kamu itu...

kamu semua makhluk ciptaan paling indah...
kamu lah makhluk tuhan yang paling seksi ah ah ah...

gua merepek please baca ok...versi kecewa huhuuhu

Friday 20 July 2012

PEREMPUAN HISAP ROKOK...

UHUUUKKK !!! UHUUUKK!!!
uhuuukk!!! UHUKKK!!! ARGHHH!!!

OK gua mulakan entry kali ini dengar uhukk!!! uhukk!!! itu...
apa itu uhukkk-uhukk? bukan gam uhu tetapi bunyi gua batuk lah kononnya ah cis...
pastinya ramai gadis comel yang risaukan kenapa gua terbatuk-batuk ni...
kepada gadis-gadis yang risaukan gua, sayang tak sakit, cuma sayang batuk sebab bau asap rokok je (ok amacam manja tak gua sama gadis ah cis lagi)

OK gua ini adalah seorang manusia yang agak tidak tahan lah dengan asap rokok...
walaupun member-member gua ramai hisap rokok gua masih tetap tidak tahan dan masih tidak dapat adapt dengan asap rokok, lagi-lagi jikalau asap rokok itu hembusan daripada mereka yang bergelar perempuan...
heyyy, seriously gua tidak suka tengok perempuan hisap rokok...

OK soalan yang gua ingin ajukan, MENGAPAKAH PEREMPUAN MEROKOK?
jadi dengan itu gua telah melakukan beberapa research(ceh) dan temuramah kepada beberapa perempuan yang hisap rokok...dan ini antara sebab mungkin perkara ini terjadi, cekidaut...

1) nampak cool...
- OK ada antara perempuan yang hisap rokok ni cakap yang dorang hisap rokok ni sebab nak nampak cool. kenapa mereka kata dengan hisap rokok boleh nampak cool? apa lagi kalau bukan akibat mereka tengok retis-retis yang kononnya cool itu juga hisap rokok...jadi kronologinya beginilah

artis hisap rokok  >  rokok itu cool  >  kita hisap rokok  >  kita cool yeay


2) nampak cantik...
- OK ini gua rasa lebih kurang je dengan sebab di atas...cuma gua nak bertanya sikit, cantik ke bila hisap rokok kalau gusi korang hitam, then ada bau rokok? ewwww

3) lelaki suka perempuan hisap rokok
- OK ini juga antara sebab yang ada...errr mungkin bf dorang yang suruh dorang hisap rokok...errr bf jenis apakah yang haramjadah macam tu? kalau bf tu sayang sama kamu nak ke dia suruh korang buat benda yang mengharamjadahkan diri korang?lelaki yang normal walaupun dia sendiri hisap rokok, dia pasti tidak mahu gf nya hisap rokok juga kerana dia tahu perkara itu haramjadah jadi dia tidak mahu gf nya turut haramjadah...sedangkan Ryan Reynold time kahwin dengan Scarlett Johannson dulu pun dia suruh Scarlett Johansson berhenti hisap rokok...jadi gurl cari lah bf macam Ryan Reynold, kacak dan baik hati seperti gua...
gua suka scarlett johansson ni tapi bila dia hisap rokok terus mati selera

4) hidup urban ginilah yaw
- ada mereka kata, "biasalah gua hidup bandar, hidup urban mestilah menjalani gaya hidup urban...so hisap rokok baru nampak urban"... OK dush dush pada perempuan itu... urban kah hisap rokok? lagi urban seseorang itu lagi berpikiran lah kepala otak tu...kalau dah berpikiran tu mestilah tau hisap rokok tu bahaya untuk kesihatan...

5) nak kurus katanyewww
- OK ini pun alasan popular...adalah antara pramugari dan model-model yang gua kenal dorang kata mereka hisap rokok sebab nak kurus...memang betol hisap rokok ni boleh buat kurus, ye lah bila korang hisap rokok kesihatan korang akan kureng, dah korang sakit sah sah lah kurus...orang hisap dadah tu pun kurus gak...sebab dah sakit huh...

6) nak kurangkan stress
- OK ada gak yang kata sebab nak kurangkan stress... mungkin betul hisap rokok ni boleh kurangkan stress, tetapi bukan hisap rokok je boleh hilangkan stress, banyak lagi perkara yang boleh kurangkan stress jadi mengapa memilih hisap rokok yang memudaratkan kesihatan kalian???

OK gua rasa terlebih sudah kot gua membebel ni...
apa pun gua tetap tegaskan, PEREMPUAN SANGAT TIDAK CANTIK BILA HISAP ROKOK...
OK gua bukak cerita jap la...
dulu gua ada kenal dengan seorang gadis ni, cute kot macam pelakon Indonesia bernama Nikita Willy...
gua lama dok usha awek tu...beberapa minggu kemudian terkantoi rupanya dia hisap rokok, terus hilang selera nampak dia...
so gadis tolonglah berhenti hisap rokok...lagipun perempuan yang hisap rokok ni lagi senang kena serang penyakit COPD, boleh rosakkan paru-paru berbanding lelaki yang hisap rokok...
lagipun apalah perasaan ibubapa jikalau anak gadis mereka hisap rokok...
juga apa akan jadi pada anak-anak yang dikandung oleh wanita merokok ini...pasti anak-anak tersebut akan punya masalah kesihatan...
rokok lebih banyak negatifnya ok...
so katakan...

gua merepek please baca ok...tapi kali ni bukan merepek ini serious mattersss...


Wednesday 18 July 2012

PUASA...YEAY!!!

ASSALAMUALAIKUM...
OK nampak tak gua punya perubahan time nak dekat puasa?
selalu gua start entry tak pernah nak bagi salam tapi kali ni bagi salam...amacam jatuh cinta kat gua tak?huhuhu...

OK sedar tak sedar dah nak masuk bulan puasa dah kita pada tahun 2012 ni...
bila kat tv dah keluar iklan "mama, nak HOHOHO Horlick" maksudnya dah dekat bulan puasa lah tu...
pejam celik pejam celik nanti tiba-tiba pulak nak dekat Hari Raya Aidilfitri mulia...
masanya seperti pantas berlalu kan? 
mungkin masa pantas berlalu kerana nobita telah berjaya mencuri jam lajukan masa daripada doraemon?(ceh) OK itu tahyul...

OK kenapa gua sangat gembiralah bila bulan puasa datang ni?
salah satunya mestilah tandanya hari raya sudah hampir tiba dan gua akan dapat duit raya, baju raya baru dan macam-macam baru la...(amacam duniawi tak gua? sila lempang sikit) huhuhu
OK sebenarnya macam banyak orang tau, bulan Ramadhan ni bulan yang mulia...
bulan Ramadhan ni bulan yang sangat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan...
banyak giler kelebihan yang ada time bulan Ramadhan ni...
nak tau apa kelebihannya? orait baby gua bagitau sikit apa kelebihan bulan Ramadhan yang gua tau...

OK pertama sekali time bulan Ramadhan ni lah bulan paling senang kita nak tempah tiket pergi syurga...
time bulan Ramadhan ni ganjaran amalan yang korang buat berlipat-lipat ganda u know...
bayangkan je lah, amalan sunat punya ganjaran bulan puasa Ramadhan boleh dikatakan sama dengan amalan wajib...
solat fardhu pulak ganjarannya 70 kali ganda...

OK kemudian, bulan Ramadhan ni juga bulan untuk kita mohon keampunan kat ALLAH SWT...
bukan bulan lain tak boleh tapi bulan Ramadhan ni kira lagi macam mana ye nak cakap, kira lebih makbul la...
doa time bulan Ramadhan makbul...antara time doa makbul kalau tak silap gua, doa sebelum time berbuka puasa dengan sepertiga malam...insyaALLAH doa korang dimakbulkan...
lagi bagus kalau korang tingkatkan amal ibadat time malam Lailatul Qadar...
gua tak tau bila hari tepat malam Lailatul Qadar tapi orang cakap dalam 10 hari terakhir Ramadhan tu Lailatul Qadar ada...

OK kita semua juga akan dinaungi pada bulan Ramadhan ni...
untuk family-family atau rakan-rakan kita yang dah meninggal dunia pulak...
mereka akan terlepas seksa kubur time bulan ni...

OK memang banyak lah kelebihan bulan ramadhan ni, tapi gua bagitau sikit je la...takut gua tersalah bagi information karang jadi ayah pin pulak gua ahoiiii...
jadi jangan lupa tingkatkan amal ibadat korang bulan puasa ni...
oh ye, jangan lupa sahur...no alasan-alasan gastrik ke paprik ke...ok chow
oh ye, SELAMAT BERPUASAAAA!!!

gua merepek please baca ok

Saturday 7 July 2012

MARAH MARAH ARGHHHH

OK kali ni gua punya entry tidak ada 'huhahuhahahahaha' sangat lah...
ini karena gua pun hati tengah tidak senang la pulok hadoi...

OK marah, marah, marah, bengang, hangin, ahhh...
semua orang yang normal ada perasaan tu...
gua ini jenis orangnya yang sejak lahir orang kategorikan sebagai 'baran' la...
kalau dulu masa kecil dan comel gua kalau dah naik baran tu tangan gua akan secara automatiknya capai apa-apa barang kemudian campak kepada orang yang buat gua hangin...
gua memang agak teruk lah dulu...kalau gua dah naik baran je gua buat semua secara tak sedar...
pernah satu kali tu gua masa tu tingkatan 1, gua tak ingat lah sebab apa gua hangin time tu tapi yang gua ingat gua pergi terbalikkan katil double-decker kat dalam bilik gua...pastu kena marah ngan mama gua padan mukanya diriku...
kalau tak silap gua, gua makin menjadi-jadi baran time naik darjah 6 dan makin lama makin teruk...

OK lah, selepas beberapa lama lepas tu, gua tekad cuba untuk berubah...kurangkan baran, sentiasa sabar...
semua ni sebab gua sendiri sedar, orang banyak tak suka dan cuba jauhkan diri sebab gua baran...
gua sebenarnya bukan saja-saja baran ni, cuma bila gua dan sampai level marah gila gua memang macam tak sedar...
kemudian ditambah nasihat dari ayah gua(i love u la)...gua cuba untuk sentiasa sabar...
tiap kali gua marah ke apa, gua cuba diamkan diri, pikiyo positif, istighfar...
memang kadang-kadang kita rasa cam diri kita hebat sebab orang takut bila kita marah, tapi apa yang bagusnya macam tu...huh
jadi sejak hari ayah gua nasihat gua, gua memang cuba berubah dan ALHAMDULILLAH...gua sekarang boleh tahan kemarahan ni...
gua akan cuba kuatkan lagi kesabaran gua ni sebab MARAH itu dari SYAITAN, marah itu boleh bagi penyakit kat kita dan marah itu lebih banyak buruk berbanding baiknya jadi apa gunanya marah?
so banyak-banyakkan istighfar dan ingat-ingatlah selalu pada ALLAH...insyaAllah baik-baik aja ya!

gua merepek please baca ok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...