Saturday, 6 October 2012

ANUGERAH BLOCKBUSTER 2011

OK yesterday gua telah mengahadiri acara gilang gemilang di Stadium Melawati Shah Alam...
acara tersebut adalah ANUGERAH BLOCKBUSTER 2011 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (104)...

OK pada awalnya gua memang tidak rancang nak pi tengok acara ni...
tapi tiba-tiba gua dapat call dari seorang member gua iaitu seorang reporter dari majalah atau suratkhabar sekian-sekian mengatakan gua mendapat tiket free (diulangi TIKET FREE) untuk menyaksikan acara tersebut jadi gua pun apa lagi terus on je lah aahaaaiiii...

OK banyak lah jugak kategori yang dipertandingkan untuk malam anugerah ni...
hadiah-hadiahnya juga lumayan lahhh...kalau gua dapat memang gua terus masuk meminang mana-mana awek cun lah...
untuk setiap kategori, pemenang akan dapat sebuah trofi dan wang tunai RM5000 dan untuk Anugerah Filem Terhebat pula akan menerima trofi dan RM10,000...WOHOOOOO....

OK pengacara untuk malam tersebut tidak menghampakan jugaklah...
pengacara tersebut adalah Lisa Surihani, Zizan Razak dan juga Afdlin Shauki...
artis-artis yang turun untuk persembahan pulak ialah Dato' Siti Nurhaliza (my feverettt), Bunkface, Hazama, Awi Rafael, Amy Search dan ramai lagi lah... 
tapi bagi gua yang paling menarik tentulah persembahan penutup iaitu persembahan Dato' Siti Nurhaliza, Bunkface dan Hazama... Dato' Siti Nurhaliza comel semalam ahhhh...
oh ye, keputusan semua berdasarkan undian penonton melalui online dan sms...

OK ni pulak pemenang-pemenang bagi kategori yang telah depertandingkan :
ANUGERAH FILEM TERHEBAT - KL Gangster
ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT - Syamsul Yusof (KL Gangster)
ANUGERAH DIREKTOR TERBARU TERHEBAT - M. Suryaa (Sumpahan Puaka)
ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT - KL Gangster
ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT - Hantu Bonceng
ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT - Khurafat
ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT - Nur Kasih The Movie
ANUGERAH HERO TERHEBAT - Zizan Razak (Hantu Bonceng)
ANUGERAH HEROIN TERHEBAT - Yana Shamsudin (Bini-biniku Gangster)
ANUGERAH WATAK PENYANGAK TERHEBAT - Fikri Bakar (Klip 3gp)
ANUGERAH LAGU FILEM TERHEBAT - Ombak Rindu-Hafiz & Adira
ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT - Shahir (Karak)
ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT - Tasha Shila (Ratu The Movie)
ANUGERAH ASTRO FIRST TERHEBAT - Kongsi
ANUGERAH KHAS PFM - Syamsul Yusof

OK apa-apa hal pun, tahniah pada Syamsul Yusof sebab berjaya bawa pulang 5 anugerah...
juga pada Zizan Razak sebab ramai yang jangka Aaron Aziz akan dapat Anugerah Hero Terhebat...
tahniah juga pada semua pemenang-pemenang yang lain...
yang tidak menang pula janganlah kecewa...teruslah berjuang bagi memajukan industri Seni negara kita OK

gua merepek please baca

Saturday, 29 September 2012

ITS STUDY WEEK TIME YAWWW...

OK da lama giler ar gua tidak merepek...korang semua apa khabar...mesti tidak merindui gua kan? ciss....
hahaha gua baru sekarang ni lah ada time nak merepek sini sebab selama ni sibuk je dengan study, class semua benda berkaitan dengannyalah...

OK disebabkan sekarang ni study week jadi gua adalah masa untuk merepek...
nama je study week tapi dari start hari pertama study week sampai lah sekarang ni nak habis study week satu apa pun gua belum study lagi...
bukan apa lah, study week gua busy dengan screening lah, short film lah...tapi itu takpelah jugak sebab itu boleh dikatakan sebahagian daripada gua punya study...
tapi yang menjadi masalahnya time study week ni lah teman-teman gua gatal nak ajak gua gi karok la apa lah...
dan seperti kebiasaan lah, gua bukannya reti nak kawal nafsu ni jadi karok lebih menjadi pilihan gua berbanding study...
ayat gua kat member salu camni, 'boleh je tapi taknak lama-lama sangat lah ye'... tapi bila dah masuk bilik karok tu gua bantai berapa banyak lagu macam orang gila dah...
akhirnya dari 'taknak lama-lama' itu hanyalah menjadi omong kosong ahhh hampesss...

OK jadi kesimpulannya korang jangan jadi macam gua...
jadikan study week ini sebagai waktu untuk korang study...
apa-apahal doakan gua semoga dapat score untuk exam nanti amin.... kiss sikit...


Sunday, 5 August 2012

BAJU RAYA SELUAR RAYA KASUT RAYA YEAYYY!!!

OK waddup yo?! how is your puasa la everybody? 
puasa penuh kan? Alhamdulillah kalau puasa penuh, kalau tak puasa tidak boleh raya ye...


OK hari raya sudah hampir menjelang tiba...
pasti semua orang bergembira tak kira bangsa atau agama...
betul lah tak kira bangsa dan agama sebab time ni yang Islam seronok nak sambut kemenangan sebab berjaya puasa, dan ada juga yang bukan Islam yang boleh join sekaki gembira juga seperti penjual perabot, pakaian dan apa-apa yang diperlukan untuk sambut raya...

OK bagi gua pun mestilah tak sabar nak sambut raya ni...
kalau dulu gua tak sabar sebab time hari raya gua dapat duit raya...
kadang-kadang boleh sampai RM1000...
tapi sekarang ni disebabkan usia yang semakin meningkat jadi duit raya tak dapat la huhuhuhu....

OK tapi sekarang ada juga yang masih sama seperti dulu...
kalau time hari raya, ayah gua mesti beli baju baru, kasut baru untuk anak-anaknya...
sedangkan abang gua yang sulung dah umur 28 tahun pun ayah gua belikan jugak...
hihihi time ni lah nak bergaya kan...

OK yang paling penting gua harap semoga hari raya tahun ni lebih gembira dari dulu...
semoga lu orang semuac pun enjoice ya hari raya ni...
kalau tak dapat duit raya ke tak mengapa oh tak mengapa...
yang penting kita dapat berkumpul dengan saudara mara kita yang dah lama tak berjumpa...
time ni kita nak berkumpul ramai-ramai kan?
jadi...semoga selamatlah berhari raya ok...


gua merepek please baca ok

Sunday, 22 July 2012

PABILA TUDUNG SEKADAR 'BUNGKUSAN' SAHAJA

OK apa khabaq teman-teman...
oh ya, mungkin ramai ya dia antara kalian ini yang tertanya-tanya apa yang gua nak merepek setelah membaca tajuk entry gua kali ini...
sejujurnya gua tak tau sama ada tajuk yang gua gunakan ini sesuai atau tidak tetapi gua tibai je lah...
ahhh apa ku kesah apa ku kesahhh...

OK "PABILA TUDUNG SEKADAR 'BUNGKUSAN' SAHAJA"...
kenapa gua mengatakan tudung sekadar bungkusan sahaja? kenapa gua katakan 'bungkusan' berserta highlight berwarna kuning seperti '     '?
misteri kan? ahhh sangat misteri gua ni...lelaki kacak memang begitu...

OK lah sebenarnya baru beberapa seketika tadi gua tengah lepak ngan member gua...
dia seorang India, kalau nak kenal dia nama beliau adalah Linges, umur 20 tahun, single dan macho...dia ada kete proton saga baru wooo...kaler itam lagi tu...
ok sila add FB dia...
tadi gua sembang lah dengan dia pasal awek, pasal tempat kitorang study...
pastu sembang punya sembang, tengah baik punya sembang tiba-tiba beliau tanya, "tempat ko study tak ada awek yang baik tak? awek yang pakai tudung dan berperangai baik?" tanya dia...
lalu si Linges ini juga menyambung ayatnya lagi berbunyi begini "aku rasa macam apa tah tengok ada video awek pakai tudung pastu @#&##* (ok ini korang paham-pahamkan je lah apa yang dimaksudkan)...kalau nak @#&##* pun bukak lah tudung tu...lebih baik jangan pakai tudung langsung...buat malu orang pakai tudung je macamtu..." 
lebih kurang begitulah ayatnya, dan dia juga ada juga sikit meluahkan kekesalan beliau dengan gadis-gadis memakai tudung ibarat tudung tu sekadar bungkusan sahaja...
beliau juga meluahkan perasaan kecewanya bukan hanya pada awek bertudung sahaja 
tetapi yang free hair juga tetapi lebih ditekankan pada yang bertudung lah...

OK bila gua dengar member gua tu cakap camtu gua timbul sedikit rasa segan...
kalau ada lubang mesti gua dah menyorok dalam lubang time tu...
yela, dia itu seorang yang berketurunan India lepastu berbangsa Hindu pun boleh rasa hampa pabila anak-anak gadis Melayu kita ni buat benda yang boleh menjatuhkan maruah mereka sendiri...
anak muda bernama Linges ini juga berfikir, "dorang tak pikir ke kalau dorang kahwin nanti apa perasaan laki mereka kalau dapat tau isteri mereka sudah...(ok malas gua sambung ayat seterusnya)"...

OK kepada gadis-gadis Melayu kita ni yang beragama Islam ni, tak kisah lah korang bertudung ke tidak ke...
korang tak rasa malu ke bila seorang yang bukan beragama Islam, bangsa lain dari kamu ni meluahkan perasaan begitu?
gua tau mungkin akan ada yang kondem gua macam-macam cakap gua kolot lah...
tapi gua tetap nak tanya, korang tak berasa malu kah begitu?
mungkin korang cakap ini waktu muda, waktu happy-happy...
tak salah korang nak happy-happy, Islam tak larang nak happy-happy tapi ada bataslah jugak kan...
kemudian jagalah korang punya 'maruah' itu ye...terutamanya yang memakai tudung itu ye...
jangan anggap tudung tu sebagai fesyen, trend atau penutup nak cover lovebites kat tengkuk tu...
tudung tu dah memang sinonim dengan Islam...
kalau orang tengok seorang perempuan tu pakai tudung, orang tu takkan cakap perempuan tu orang Yahudi, Kristian tetapi ISLAM...
jadi jagalah maruah kamu wahai gadis...

kehebatan kamu bukan dikira berdasarkan berapa banyak lelaki yang dapat kamu pikat atau berapa banyak lelaki yang dapat kamu puaskan...
TETAPI...
kehebatan kamu dikira berdasarkan betapa kuatnya kamu menjaga maruah kamu itu...

kamu semua makhluk ciptaan paling indah...
kamu lah makhluk tuhan yang paling seksi ah ah ah...

gua merepek please baca ok...versi kecewa huhuuhu

Friday, 20 July 2012

PEREMPUAN HISAP ROKOK...

UHUUUKKK !!! UHUUUKK!!!
uhuuukk!!! UHUKKK!!! ARGHHH!!!

OK gua mulakan entry kali ini dengar uhukk!!! uhukk!!! itu...
apa itu uhukkk-uhukk? bukan gam uhu tetapi bunyi gua batuk lah kononnya ah cis...
pastinya ramai gadis comel yang risaukan kenapa gua terbatuk-batuk ni...
kepada gadis-gadis yang risaukan gua, sayang tak sakit, cuma sayang batuk sebab bau asap rokok je (ok amacam manja tak gua sama gadis ah cis lagi)

OK gua ini adalah seorang manusia yang agak tidak tahan lah dengan asap rokok...
walaupun member-member gua ramai hisap rokok gua masih tetap tidak tahan dan masih tidak dapat adapt dengan asap rokok, lagi-lagi jikalau asap rokok itu hembusan daripada mereka yang bergelar perempuan...
heyyy, seriously gua tidak suka tengok perempuan hisap rokok...

OK soalan yang gua ingin ajukan, MENGAPAKAH PEREMPUAN MEROKOK?
jadi dengan itu gua telah melakukan beberapa research(ceh) dan temuramah kepada beberapa perempuan yang hisap rokok...dan ini antara sebab mungkin perkara ini terjadi, cekidaut...

1) nampak cool...
- OK ada antara perempuan yang hisap rokok ni cakap yang dorang hisap rokok ni sebab nak nampak cool. kenapa mereka kata dengan hisap rokok boleh nampak cool? apa lagi kalau bukan akibat mereka tengok retis-retis yang kononnya cool itu juga hisap rokok...jadi kronologinya beginilah

artis hisap rokok  >  rokok itu cool  >  kita hisap rokok  >  kita cool yeay


2) nampak cantik...
- OK ini gua rasa lebih kurang je dengan sebab di atas...cuma gua nak bertanya sikit, cantik ke bila hisap rokok kalau gusi korang hitam, then ada bau rokok? ewwww

3) lelaki suka perempuan hisap rokok
- OK ini juga antara sebab yang ada...errr mungkin bf dorang yang suruh dorang hisap rokok...errr bf jenis apakah yang haramjadah macam tu? kalau bf tu sayang sama kamu nak ke dia suruh korang buat benda yang mengharamjadahkan diri korang?lelaki yang normal walaupun dia sendiri hisap rokok, dia pasti tidak mahu gf nya hisap rokok juga kerana dia tahu perkara itu haramjadah jadi dia tidak mahu gf nya turut haramjadah...sedangkan Ryan Reynold time kahwin dengan Scarlett Johannson dulu pun dia suruh Scarlett Johansson berhenti hisap rokok...jadi gurl cari lah bf macam Ryan Reynold, kacak dan baik hati seperti gua...
gua suka scarlett johansson ni tapi bila dia hisap rokok terus mati selera

4) hidup urban ginilah yaw
- ada mereka kata, "biasalah gua hidup bandar, hidup urban mestilah menjalani gaya hidup urban...so hisap rokok baru nampak urban"... OK dush dush pada perempuan itu... urban kah hisap rokok? lagi urban seseorang itu lagi berpikiran lah kepala otak tu...kalau dah berpikiran tu mestilah tau hisap rokok tu bahaya untuk kesihatan...

5) nak kurus katanyewww
- OK ini pun alasan popular...adalah antara pramugari dan model-model yang gua kenal dorang kata mereka hisap rokok sebab nak kurus...memang betol hisap rokok ni boleh buat kurus, ye lah bila korang hisap rokok kesihatan korang akan kureng, dah korang sakit sah sah lah kurus...orang hisap dadah tu pun kurus gak...sebab dah sakit huh...

6) nak kurangkan stress
- OK ada gak yang kata sebab nak kurangkan stress... mungkin betul hisap rokok ni boleh kurangkan stress, tetapi bukan hisap rokok je boleh hilangkan stress, banyak lagi perkara yang boleh kurangkan stress jadi mengapa memilih hisap rokok yang memudaratkan kesihatan kalian???

OK gua rasa terlebih sudah kot gua membebel ni...
apa pun gua tetap tegaskan, PEREMPUAN SANGAT TIDAK CANTIK BILA HISAP ROKOK...
OK gua bukak cerita jap la...
dulu gua ada kenal dengan seorang gadis ni, cute kot macam pelakon Indonesia bernama Nikita Willy...
gua lama dok usha awek tu...beberapa minggu kemudian terkantoi rupanya dia hisap rokok, terus hilang selera nampak dia...
so gadis tolonglah berhenti hisap rokok...lagipun perempuan yang hisap rokok ni lagi senang kena serang penyakit COPD, boleh rosakkan paru-paru berbanding lelaki yang hisap rokok...
lagipun apalah perasaan ibubapa jikalau anak gadis mereka hisap rokok...
juga apa akan jadi pada anak-anak yang dikandung oleh wanita merokok ini...pasti anak-anak tersebut akan punya masalah kesihatan...
rokok lebih banyak negatifnya ok...
so katakan...

gua merepek please baca ok...tapi kali ni bukan merepek ini serious mattersss...


Wednesday, 18 July 2012

PUASA...YEAY!!!

ASSALAMUALAIKUM...
OK nampak tak gua punya perubahan time nak dekat puasa?
selalu gua start entry tak pernah nak bagi salam tapi kali ni bagi salam...amacam jatuh cinta kat gua tak?huhuhu...

OK sedar tak sedar dah nak masuk bulan puasa dah kita pada tahun 2012 ni...
bila kat tv dah keluar iklan "mama, nak HOHOHO Horlick" maksudnya dah dekat bulan puasa lah tu...
pejam celik pejam celik nanti tiba-tiba pulak nak dekat Hari Raya Aidilfitri mulia...
masanya seperti pantas berlalu kan? 
mungkin masa pantas berlalu kerana nobita telah berjaya mencuri jam lajukan masa daripada doraemon?(ceh) OK itu tahyul...

OK kenapa gua sangat gembiralah bila bulan puasa datang ni?
salah satunya mestilah tandanya hari raya sudah hampir tiba dan gua akan dapat duit raya, baju raya baru dan macam-macam baru la...(amacam duniawi tak gua? sila lempang sikit) huhuhu
OK sebenarnya macam banyak orang tau, bulan Ramadhan ni bulan yang mulia...
bulan Ramadhan ni bulan yang sangat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan...
banyak giler kelebihan yang ada time bulan Ramadhan ni...
nak tau apa kelebihannya? orait baby gua bagitau sikit apa kelebihan bulan Ramadhan yang gua tau...

OK pertama sekali time bulan Ramadhan ni lah bulan paling senang kita nak tempah tiket pergi syurga...
time bulan Ramadhan ni ganjaran amalan yang korang buat berlipat-lipat ganda u know...
bayangkan je lah, amalan sunat punya ganjaran bulan puasa Ramadhan boleh dikatakan sama dengan amalan wajib...
solat fardhu pulak ganjarannya 70 kali ganda...

OK kemudian, bulan Ramadhan ni juga bulan untuk kita mohon keampunan kat ALLAH SWT...
bukan bulan lain tak boleh tapi bulan Ramadhan ni kira lagi macam mana ye nak cakap, kira lebih makbul la...
doa time bulan Ramadhan makbul...antara time doa makbul kalau tak silap gua, doa sebelum time berbuka puasa dengan sepertiga malam...insyaALLAH doa korang dimakbulkan...
lagi bagus kalau korang tingkatkan amal ibadat time malam Lailatul Qadar...
gua tak tau bila hari tepat malam Lailatul Qadar tapi orang cakap dalam 10 hari terakhir Ramadhan tu Lailatul Qadar ada...

OK kita semua juga akan dinaungi pada bulan Ramadhan ni...
untuk family-family atau rakan-rakan kita yang dah meninggal dunia pulak...
mereka akan terlepas seksa kubur time bulan ni...

OK memang banyak lah kelebihan bulan ramadhan ni, tapi gua bagitau sikit je la...takut gua tersalah bagi information karang jadi ayah pin pulak gua ahoiiii...
jadi jangan lupa tingkatkan amal ibadat korang bulan puasa ni...
oh ye, jangan lupa sahur...no alasan-alasan gastrik ke paprik ke...ok chow
oh ye, SELAMAT BERPUASAAAA!!!

gua merepek please baca ok

Saturday, 7 July 2012

MARAH MARAH ARGHHHH

OK kali ni gua punya entry tidak ada 'huhahuhahahahaha' sangat lah...
ini karena gua pun hati tengah tidak senang la pulok hadoi...

OK marah, marah, marah, bengang, hangin, ahhh...
semua orang yang normal ada perasaan tu...
gua ini jenis orangnya yang sejak lahir orang kategorikan sebagai 'baran' la...
kalau dulu masa kecil dan comel gua kalau dah naik baran tu tangan gua akan secara automatiknya capai apa-apa barang kemudian campak kepada orang yang buat gua hangin...
gua memang agak teruk lah dulu...kalau gua dah naik baran je gua buat semua secara tak sedar...
pernah satu kali tu gua masa tu tingkatan 1, gua tak ingat lah sebab apa gua hangin time tu tapi yang gua ingat gua pergi terbalikkan katil double-decker kat dalam bilik gua...pastu kena marah ngan mama gua padan mukanya diriku...
kalau tak silap gua, gua makin menjadi-jadi baran time naik darjah 6 dan makin lama makin teruk...

OK lah, selepas beberapa lama lepas tu, gua tekad cuba untuk berubah...kurangkan baran, sentiasa sabar...
semua ni sebab gua sendiri sedar, orang banyak tak suka dan cuba jauhkan diri sebab gua baran...
gua sebenarnya bukan saja-saja baran ni, cuma bila gua dan sampai level marah gila gua memang macam tak sedar...
kemudian ditambah nasihat dari ayah gua(i love u la)...gua cuba untuk sentiasa sabar...
tiap kali gua marah ke apa, gua cuba diamkan diri, pikiyo positif, istighfar...
memang kadang-kadang kita rasa cam diri kita hebat sebab orang takut bila kita marah, tapi apa yang bagusnya macam tu...huh
jadi sejak hari ayah gua nasihat gua, gua memang cuba berubah dan ALHAMDULILLAH...gua sekarang boleh tahan kemarahan ni...
gua akan cuba kuatkan lagi kesabaran gua ni sebab MARAH itu dari SYAITAN, marah itu boleh bagi penyakit kat kita dan marah itu lebih banyak buruk berbanding baiknya jadi apa gunanya marah?
so banyak-banyakkan istighfar dan ingat-ingatlah selalu pada ALLAH...insyaAllah baik-baik aja ya!

gua merepek please baca ok

Sunday, 1 July 2012

SIAPA BILANG GADIS MELAYU TAK MENAWAN AHAIIII

OK gadis, gadis ohhhh GADIS...
GADIS atau WANITA memang terkenal dengan keindahannya...
sesiapa jua yang melihat pasti akan tertawan...
ahhh bagiku gadis ni merupakan satu ciptaan ALLAH yang teramat lah indah...
bila orang bertanya bagi gua apakah seni masterpiece yang pernah aku lihat dan kagum, gua akan jawab dengan gagahnya...
"WANITA"

OK gua sebagai lelaki yang pantang menyerah memikat, mencari wanita ni memang selalu menghabiskan masa dengan meng'usha' para gadis yang cantik...
bukannya gua mata keranjang atau bola keranjang atau suka terlanjang tetapi gua ni memang suka tengok pada keindahan...
gua sebagai lelaki yang rumantis memang sangat suka melihat keindahan para gadis...

OK teringat gua dulu...
dulu gua suka sangat melihat amoi....awwww
gua dulu bukan tidak suka tengok gadis melayu atau gadis bangsa lain, cuma ye la gua ni tinggal di kawasan majoriti masyarakat cina, skolah gua dulu pun sama macam tu jadi memang gua lebih selalu meng'usha' amoi la kan dan kaum-kaum lain tu gua macam tak terperasan akan mereka lah...cis
tiap kali nampak amoi mesti mulut gua cakap 'WALAWEIII LENG LOOI' ahhhh...
nak ber'couple' pun cari amoi....hehehehe...

ini leng looi gua punya la
OK tapi tu dulu...
sekarang gua dah belajar untuk meng'usha' gadis melayu...
ini semua gara-gara tempat gua menyambung pelajaran ni mempunyai majoriti gadis-gadis melayu...
dulu gua pandang sipi je, tapi sekarang sebab member-member kat tempat gua belajar ni selalu ajak gua pergi usha awek melayu jadi sekarang gua sudah tertarik pada gadis melayu la...


OK sekarang baru lah gua percaya dengan kata-kata didalam lagu GADIS MELAYU nyanyian JAMAL ABDILLAH yang berbunyi...
'SIAPA BILANG GADIS MELAYU TAK MENAWAN TAK MENARIK HATI TIADA MEMIKATTTTT'
tetapi yang ingin gua tekankan di sebenarnya, tidak kisah lah kamu gadis melayu ka, gadis cina ka, gadis india ka, gadis omputih speaking london ka, KAMU SEMUA ADALAH CANTIK...

OK satu lagi nasihat gua pada gadis-gadis diluar sana, terutamanya gadis melayu lah sebab gua melayu dan melayu sangat mementingkan perkara yang gua ingin nasihatkan ini...
kalau korang da ber'couple-couple' nanti, jagalah diri itu baik-baik ok...
jagalah MARUAH korang sebagai gadis...
janganlah bagi kat boyfriend korang 'MAHKOTA' yang sebenarnya eksklusif hanya untuk SUAMI korang...
ye lah korang baru couple je belom kahwin, kalau time couple korang dah bagi 'MAHKOTA' korang tu kat boyfriend korang then tiba-tiba boyfriend korang tu tinggalkan korang sebab dah jumpa gurl lain sambil memberikan alasan best 'KITA DAH TAKDE JODOH' (cam dia ahli nujum pulak boleh tau ada jodoh ke tidok cis...) kan ke kesian kat bakal suami korang sebab dah kehilangan hak 'EKSKLUSIF' yang sebenarnya hanya untuk suami...
korang paham kan maksud 'MAHKOTA' wanita yang gua cakap tu?
bukan rambut ye, tetapi 'MARUAH' korang sebagai seorang gadis...ok senang cerita DARA korang la...
think before act k...
kalau betol lah boyfriend korang tu CINTAkan korang dia tidak akan mintak benda tu kat korang...
kalau boyfriend CINTAkan korang mesti boyfriend korang akan jaga korang, jaga MARUAH korang juga...

OK bak kata seorang gadis cina beragama kristian yang pernah 'berkawan' dengan gua dulu
'EX I yang bukan ISLAM pun I tak bagi dia cium I apa lagi kalau U yang ISLAM, lagi I tidak akan bagi sebab agama U larang buat benda itu kan'...begitulah flashback gua...
jadi renung-renungkan dan selamat beramallah...kiamat dah dekat...

gua merepek please baca ok



Tuesday, 26 June 2012

BLOG, FACEBOOK disalah gunakan...hurmppp

OK semasa gua sedang gua sibuk pikiyo (fikir la maksudnya cis) nak merepek apa kali ni...
secara tiba-tiba dan automatiknya gua ada lah terbaca beberapa blog milik sekian-sekian...
apa yang menarik perhatian gua adalah perkara yang sangat 'ilmiah' yang disampaikan oleh mereka...


OK bila gua cakap 'ilmiah' tu adalah kerana mereka menggunakan blog mereka sebagai tempat untuk memaki hamun, melepas geram, mengutuk orang-orang yang mereka tidak puas hati...
kadangkala gua enjoy gak baca blog-blog seperti itu (ciiiissss)...bukan sebab apa yang disampaikan tu menarik tetapi bila baca blog maki-maki,gadoh-gadoh ni macam tengok wrestling pulak cuma tanpa aksi smackdown f5, chokeslam dan macam-macam la...

lihat berapa banyak tuttt yang ada...sangat ilmiah

OK gua perhati perkara ni bukan terjadi melalui blog je...
kat laman sosial terhangat masa kini iaitu Facebook juga acapkali (bukan acappan) selalu terjadinya perkara-perkara ini...
diorang maki-maki kutuk-kutuk orang dalam facebook, mengupdate status yang memaki...
tetapi yang bestnya tak pernah pun dorang nak tag nama si polan yang mereka maki, kutukan itu...


kadangkala si polan yang di maki tu tidak ada langsung wujud di dalam facebook...
jadi kesimpulannya apakah makian itu sampai kepada si polan yang dimaki itu?
jika tidak sampai apakah faedahnya mereka melakukan perkara haramjadah itu...

OK jadi pada sahabat-sahabatku out there...
cubalah berfikiran dengan lebih matang a.k.a matured bak kata omputih...
gua taw nanti ada yang cakap gua menyibuk je tetapi sekadar ingatan pada teman-teman...
gua ni bukannya sempurna juga...
lagipun kat facebook ngan blog ni ramai orang baca...
korang maki-maki kuar perkataan tutttt nanti orang dah pandang serong pada kamu...
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA ye kawan-kawan...pergh bau teloorrr...

gua merepek please baca ok...

GUA buncit ok fine...

Walaweiii lama gila ah gua tak merepek kat sini...
hahahha kalau lama mana pun bukan ada orang merinduinya pun hadoi...
orait straight to the point yg gua nak merepek la ni....


OK kadangkala gua ada rasa sedikit rendah diri la dengan penampilan gua....
bukan rendah diri kerana gua punya diri rendah a.k.a pendek ye...
no no no...
macam ni la gua kalau dapat tengok diri gua di cermin, pasti gua nak tengok sampai berjam-jam lamanya...menikmati keindahan lah kononnya cis...
tengah gua sibuk pose sini pose sana baik punya pose,
sekaliii...bila gua menghadap ke sisi,
cis...ternampak benjolan seperti belon di bahagian perot....cis lagi sekali...

OK la dengan melalui perkara ini memang sangat menghampakan diri gua la...
sebenarnya bagi gua tak ada apa la sangat dengan tubuh gua yang berseketul ni...
tetapi bila dah orang asyik cakap, 

 'wei perut lu buncit la...' 

'berapa bulannn???' 

dan banyak lagi la ayat-ayat indah yang boleh membuat gua terSENTAP ahaaaaiiii....
jadi mulai beberapa hari ni gua memang berusaha lah mengempiskan perut ni...
gua search kat internet la, tanya kat mama gua la, siap rembat bengkung yang mama gua guna utk kempiskan perut lepas mengandung lagi...
sekarang gua mungkin camni
sikit lagi gua sado camni...awek-awek please ngorat gua sekarang
namun begitu, 
ALHAMDULILLAH...
akhirnya dapat la mengempiskan sedikit perut ini...
walau sedikit pun tidak mengapa bak kata orang putih,
LESS IS MORE...
dan orang melayu pula, 
SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA MENJADI BUKIT...
dan bak kata gua, 
GUA NAK KURUS U SHUT UP...

OK gua tengah berusaha lagi, namun satu la gua nak menasihati lah pada mereka yang mempunyai teman-teman buncit sepertiku...
jangan lah dihina nya mereka tu...
kalau nak tegur tu tidak mengapa oh tak mengapa tetapi jangan lah kasar sangat...
nanti rendah diri menurun self-confidence diorang kasihan pula mereka k...


OK itu lah merepek gua hari ni...
gua nak sambung sit up yeay!!!
gua merepek please baca ok

Monday, 26 March 2012

KAHWIN MUDA , AWAL...SALAH KE???

OK assalamualaikum...
1 2 3 mula!!!
kahwin muda???




mesti banyak yang macam ni kan sekarang ni...
hahaha cam kahwin muda ni satu mende aneh pulak kan...


OK nak dimulakan story telling...
pada satu harilah kan, gua teman lah abang gua pergi rebonding rambut alleycatnya dia sebuah salun...
tau-tau je la kan, nak rebonding paling kurang pun cam 2 jam tu baru siap kan...
jadi gua pun tak de keje time tu gua sibuk la belek-belek majalah yang ada kat salun tu...
tapi sayangnya majalah yang ada kat situ majalah bahasa cina je...huh...
gua pun bagi menghilangkan kebosanan gua sebok la tengok leng looi kat sana...
sambil-sambil tu gua pun sibuk tengok gelagat manusia dan juga curik dengar perbualan mereka...


OK nak dijadikan cerita...
time ni lah gua terdengar perbualan yang lebih kurang begini...

"gadis a : amoiii u punya muka banyak lawa...itu laki tengah tunggu  tu siapa?
 gadis b : terima kasih...owhhh itu laki tu suami wa laaa...
 gadis a : owh suami...u umur berapa?
 gadis b : 27...
 gadis a : 27??? (terkejut beruk dengan wajah seperti beruk)27sudah 
kahwin??? (muka beruk lagi) awalnyaaa...

OK gadis kalau umur 27 tahun kahwin tu awal ke?
bagi gua la, kalau gadis kahwin umur 27 tu tak ada lah awal...
kalau umur 15 kahwin tu boleh lah kira awal, ini 27???
bagi gua kalau kahwin umur 22 tahun pun tak ada awal...


OK bagi gua lah, better kot kahwin awal ni...
lagipun mereka yang beragama ISLAM memang digalakkan kahwin awal...
dengan kahwin awal ni maksiat boleh dielakkan...
yela darah muda tengah panas, tengok awek seksi mula lah horny tu...
jadi kalau dah kahwin boleh lepas kat isteri kan??? ehemmm...
lagi satu kalau yang gadis tu kahwin lambat, kang nanti menopaus sian laki tu dapat kejap je...
anak pun sikit je, kan bagus anak banyak...
dapat banyakkan manusia, anak tu rezeki k...

OK ada yang cakap kalau kahwin awal nanti susah...
nak cari duit lebih, pastu nanti tak boleh enjoy...
sebenarnya nak enjoy tu dah kahwin pun boleh...
tapi kena ada batasan la kan...macam la time belom kahwin nak enjoy tak ada batasan...
ada gak batasan meyhhh...kamu tu orang beragama k...
jadi tiada alasan la...
jadi camni huhuhuhu
OK ini je lah yang gua rasa gua taw...
banyak lagi sebenarnya tapi gua tak taw sangat, nanti gua check kat kitab-kitab berkaitan ini k...
yang penting kahwin muda ni sangat bagus k...
jangan takut, kahwin muda tak bermaksud berakhirnya hidup kome...
gua merepek please baca ok





Thursday, 22 March 2012

MUSIM BUDAK HILANG

OK kat Malaysia ni memang banyak musim kan...
kita tak ada musim salji dan musim-musim cam kat London tu...
tapi kat Malaysia ni ada musim cam musim beli-belah, musim program realiti la, musim beli mainan bey blade la...=.='


OK tapi yang gua sedar sekarang ni negara kita ni tengah hadapi satu musim yang amat merisaukan...
musim yang gua maksudkan ni adalah musim BUDAK HILANG...
aneh tapi itu yang terjadi sebenarnya...
bila start sorang budak hilang lepas tu perkara ni akan berlarutan untuk beberapa ketika...
lepas sorang-sorang hilang, satu-satu kes budak hilang masuk berita...
tapi bila dah habis musim tu tak ada pulak berita budak hilang...aneh kan...

OK kadang-kadang kita fikir kes ni macam pelik...
sebab kadang-kadang budak-budak tu bukan hilang sebab main jauh-jauh ke apa...
budak-budak tu main dekat depan rumah atau beberapa meter dari rumah dorang pun boleh hilang...
dan ini semua terjadi bila tibanya musim budak hilang...

OK ni sekadar coretan gua je...
sebab gua tak berapa tau sangat pasal budak hilang ni...
maksud gua bukan gua tak amek tau pasal kes budak hilang ni, cuma benda ni tak pernah jadi kat keluarga gua jadi gua tak berapa tahu sangatlah pasal situasi ni...
cuma yang gua nak nasihat pada ibu bapa dan siapa-siapa je yang ada jaga budak kecil tu...
time musim budak hilang ni...
pantaulah budak-budak tu ye, walaupun budak-budak tu main depan rumah je sekalipun...
gua cakap ni sebab gua ada nampak ada sorang budak kecik rasa umur lebih kurang dalam 4 tahun camtu rasanya...
main sorang-sorang kat luar rumah dia (depan rumah, tapi luar pagar)...
mak bapak dia mana tah, tambah lagi kawasan rumah dia tu sunyi...
kalau gua penculik gua senang-senang je menculik budak tu...
nasib baik gua ni pemuda yang baik hati, berjiwa murni dan seksi...
ada paham semua???
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri budak hilang...
gua merepek please baca ok...

Wednesday, 21 March 2012

BUDAK ZAMAN IT... i pad,i pod, i phone

OK oit apa khabar oit...
korang ingat tak dulu masa kecik-kecik dulu korang suka main permainan apa?
hehehe kalau gua dulu la time tadika sampai sekolah rendah gua suka main kejar-kejar...
alaa main cam polis sentri tu laaa...
kira macam permainan wajib la tu, kalau dapat main macam orang gila babi je rupa...
camnila rupa comel gua time main polis sentri dulu
OK gua tiba-tiba bukak citer ni sebab gua terlihat ada lah seorang budak lebih kurang 5 tahun rasanya...
khusyuk je dia main permainan dia tu...
dan permainan yang dia main tu adalah I-PAD...
perggghhh serius gua jealous kot...
umur 5 tahun da pegang I-PAD...yang paling tak tahannya bila budak tu siap berebut tarik-tarik I-PAD tu dengan kakak dia...
kira lebih kurang camni la budak tu punya khusyuk sampai benda lain tak di layan
OK apa yang gua pasti...
budak tu tak pernah rasa 'keseronokkan zaman kanak-kanak' macam apa yang gua dan budak-budak zaman gua lalui...
dan walaupun gua dulu main kejar-kejar tu pun dah macam orang gila namun kalau budak tu main mesti 5 minit je dah boring...
kalau gua cakap permainan yang gua main dulu pun mesti dorang tak tahu...
kalau I-PAD, I-PHONE, I-POD, I-LOVE-U tu tau la dorang...

Dari apa yang gua nampak sekarang ni...
sejujurnya gua kesian dengan dorang ni...
sebabnya bila dorang main game seperti I-PAD ke apa, dorang punya fizikal akan lemah berbanding mereka yang main lumba lari macam gua ni...(ececehhh)
mungkin mereka akan jadi begini bila sudah dewasa jeng jeng jeng
sebab dorang hanya menggunakan jari untuk bermain itu, dan otot-otot dan anggota tubuh lain tidak digunakan...
lagi satu kesannya adalah dorang akan kerap pening, dan dorang akan ada masalah mata...
yang tentang masalah mata ni memang dah terbukti kat depan gua sebab ada seorang sepupu gua ni baru darjah 2 tapi dia dah pakai cermin mata sama power rangers macam cermin mata ayah gua yang umur dah 50-an...
kalau pakai cermin mata tapi muka comel cam dak ni takpela  jugak
OK kesimpulannya teknologi yang makin maju ni tak bermakna akan bawa kesenangan sahaja kepada manusia...
setiap perkara ada buruk dan baik nya...
semuanya bergantung pada kita nak pilih yang baik atau buruk...
gua merepek please baca ok...

Tuesday, 20 March 2012

HOT HOT HOT THUIIIHHHHH !!!!

OK korang hot tak?
banyak orang nak jadi hot kot...
eh sape tak nak...jadi hot la best kan...
kalau korang da memang hot tu, alhamdulillah sebab untung la korang jadi hot kan...
tapi yang gua nak story sekarang ni bukan pasal korang yang memang hot ni...
tapi gua sebenarnya nak story pasal mereka yang BAJET HOTTT...


OK senang je nak tengok orang-orang camni...
medium utama dan popular nak cari orang camni adalah FACEBOOK...
tak percaya? sila la online facebook anda semua...
lihat...

OK first dari segi gambar yang mereka upload la...
kalau boleh kat mana-mana dorang berada mesti dorang nak amik gambar dorang...
makan kat mekdi, snap gambar...makan kat situ, snap gambar...jalan-jalan kat sini, snap gambar...
sedangkan kat dalam toilet pun nak snap gambar...
betol kan? banyak macam ni kan...

dan antara gambar paling famous antara gadis adalah gambar mulut itik...

OK then tengok apa caption yang dorang tulis kat gambar tu...
contohnya, 'lola(bukan nama sebenar) tau lola x hot...LIKE please...' atau 'lola x cantik cam kamu, like please'
lebih kurang camtu la...

OK pastu tengok dorang punya status lak...
dorang punya post status kadang-kadang ngan makan megi pun nak bagitau, apa lagi kalau dorang gi makan kat restoran mahal...
sekarang ni lagi la...kan kat tempat post status tu boleh letak sekali lokasi kita kat mana...
lagi ligat la dorang kan...


OK sampai ni je la...
tidak percaya lagikah kata-kataku tentang mereka ni...
tak percaya sudah nama kamu dadah...
OK kata-kata akhirku adalah


"biar TAK HOT di FACEBOOK,
asalkan TAK HOT di NERAKA jahanam"

gua merepek please baca ok...

Sunday, 18 March 2012

UNIK DI MALAYSIA - RESTORAN MAMAK...

OK korang semua amacam oit?
hahaha...jap, korang semua suka makan tak?
konfirm semua suka makan kan...??
semua orang suka makan bhai...sedangkan gadis-gadis yang gua kenal,walaupun mereka kurus melidi namun mereka mengaku bahawa mereka suka makan (salah seorang nye nama dia ikhna izzati wakaka)....


OK pertama sekali, apa makanan feveret dan mana tempat makan feveret korang???
bila kita tanya soalan tu kat orang, macam-macam jawaban yang kita dapat...
tapi dalam banyak-banyak tempat makan kan, gua leh konfirm la...semua orang mesti pernah mamam (ceh tercomel lak...) kat RESTORAN MAMAK *diiringi ngan muzik terminator...

(ini kononnya mamak nye waiter la ni)
OK kalau gua la...
gua siyes punya mengaku la gua suka makan kat restoran mamak ni...
memang makanan dorang kat sana tak ada la bertaraf lima bintang dan high standard...
walaubagaimanapun...namun bagi gua, banyak yang special sebenarnya tentang restoran mamak a.k.a mapley ni...

OK ni semua orang tau la kan...
makanan kat restoran mamak ni harganya memang berpatutan la...
lagi-lagi kalau kena kat student cam gua, dah la duit pt xde, duit minyak kereta lagi nak bayar jadi memang restoran mamak ni memang menjadi ibarat destinasi makan memakan wajib bagi gua la...yeyeahhh...
bayangkan la gua pernah bawak awek(ini metafora saja k) makan kat restoran mamak ni...
gua kan rumantis,gentelmen,sweetheart la kata orang jadi gua pun blanje la dia...
tup-tup gi kat cashier tak sampai RM6 pun kitorang makan, dan yang pasti kitorang kenyang dan makanan sedap...

OK alang-alang gua da cakap sedap tu kan jadi itu gua akan jadikan sebagai point gua yang kedua la...
memang macam yang gua cakap awal-awal tadi...
makanan kat mamak ni tak ada la high standard sangat...
bahan-bahan masakan yang dorang guna pun biasa-biasa je...boleh didapati di mana kedai-kedai hypermarker,supermarket,superrocket...
namun begitu...
makanan yang mereka hidangkan memang FUHHHH!!! boleh melegakan taste bud sesiapa saja...

OK makanan yang paling top sekali sah-sah la ROTI CANAI kan...
ini salah satu keistimewaan gak la...
sebab roti canai ni kekuatan dia bukan hanya pada rasa roti canai itu sendiri...
tetapi dengan cara bagaiman cara ia dibuat...


sape tak kagum tengok tukang buat roti canai tebar roti canai...
siyes dorang superb...lagipun gua pernah try tebar dan hasilnya memang 100%...100% tak jadi...

OK lain keistimewaan yang gua nampak kat restoran mamak berbanding restoran lain lak...
restoran mamak ni memang mesra pelanggan la...
kadang-kadang gua baru sekali kat satu restoran mamak tu tapi dorang punya pekerja layan macam dah kenal gua lama je...
pernah sekali gua pergi makan kat restoran yang bukan mamak la...
gua pergi, sebab beliau ada jual roti canai gak jadi gua nak try...
leh time order dia cakap

"leh sabar tak? order banyak ni...sabar je la dulu"


siap tinggi suara lagi...
tercalar hati sanubari ku ini...
gua pun memang bertambah prefer gi mamak la kan...
kira rasa selesa dan aman la walaupun la tempat makan tu tak ada la disediakan kerusi lembut dan macam-macam perabot 5 stars...


OK gua rasa sampai ni je kot gua nak share pasal ni...
tapi jangan korang ingat gua cakap yang restoran selain dari restoran mamak ni teruk...
gua cakap ni bukan SEMUA restoran selain restoran mamak ni teruk...
tapi KEBANYAKKAN restoran selain restoran mamak yang pernah gua pergi, mereka sendiri yang bagi tanggapan buruk la kat gua...
oh ye tambahan...skang ni restoran mamak un dah ada macam-macam jenis makan dari chinese food sampai western food...nak makan chicken chop skang ni kiranya da murah la...
wi-fi juga satu perkara wajib la kat mapley skang ni...
gua merepek please baca ok...



Saturday, 17 March 2012

Does she love me back ?


I hv Questions in my head,
its time i let it out,
I hate crying in my bed
I hate 2 scream and shout
But this Question is hard
Its smething hard 2 say
But this question must be
answered
and 
I'm asking it 2day
I'm wndering if she loves me
Its smething i hv 2 know
shes knows i love her
I always show it
I'm standing here depressed
Thinking she don't love me
I want her 2 really love me
so theres no one above me
I tell her everyday i love her
and i never will stop
she said the same back 2 me
But now it seems to drop
Now when i say it,
She will remain silent or she will says 'muawhx' with no care
it makes me feel like its me
I don't give enough of my heart
2 share
I'm just not really sure,
Was something she had 2 lack
The Question still remains
Does she love me back???

Thursday, 15 March 2012

SYUKUR LA YAW!!!

OK gua da agak lama la pulok tak post mengepost kat sini...
hmmm OK la... sepanjang ketiadaan gua ni...
gua pergi la mengusha kegiatan orang ramai, menikmati keindahan hidup...

kadang-kadang masalah datang...
kejap gembira, kejap sedih, kejap marah...
bila gembira, rasa gembira gila-gila ar...sampai lupa semua...
tapi bila masalah seciput datang je...
rasa cam nak kiamat da...

OK gua mengaku gua camtu...
tapi bila da OK...
gua pikirkan balik..
kita patut bersyukur ngan semua yang kita ada...
syukur ngan hidup kita, syukur sebab kita dapat itu, dapat ini...
memang kadang-kadang kita rasa kita ada banyak kekurangan...
kiranya apa yang kita ada ni tak cukup dan kita mahukan lebih lagi...
kadang-kadang jugak kita cemburu tengok orang...
kadang-kadang kita tengok orang ada henfon baling anjing tu pun kita cemburu...
sedangkan kita ada henfon mahal gila bapak (ni semua contoh je k)...

so...
ambil masa...
tenangkan diri...pikir tentang semua yang kita ada...
pikir kebaikan...cuba ingat kenangan indah yang pernah kita ada...
cuba bina hari esok yang lebih bermakna...
dan BERSYUKUR dengan semua yang kita ada sekarang,bukan apa yang kita pernah ada atau tak ada atau kita harap kita ada...tapi dengan apa yang kita ada sekarang...

OK gua merepek please baca...

Wednesday, 29 February 2012

COOL SANGAT KE KALAU CAKAP LUCAH/KASAR

OK oliooohuhuuu...dah lama gua x post sekarang ni...
hehehehe gua bz mem'bz'kan diri wat kebelakangan ni...
OK tanpa buang masa jom kita start post kali ni k....

'hoi k***k la kaw', 'b**i betol', 'wei l*nc*u jom lepak'
OK fokus pada perkataan yang gua banyak letak '*' tu...
perkataan tu adalah antara perkataan lucah/kasar yang acapkali digunakan oleh generasi zaman sekarang ni...

OK sebenarnya COOL ke kalau cakap mende-mende camtu?
kenapa budak-budak sekarang suka sangat selit perkataan camtu dalam setiap ayat mereka...
bagi gua, semua perkataan itu sangat TIDAK COOL...seriously...

OK  kenapa gua cakap camtu?
gua sebenanrnya xtau camne nak terangkan tapi dah sah-sah perkataan itu dikategorikan sebagai lucah dan kasar...
jadi COOL ke kalau guna perkataan tu?
lagipun merosakkan bangsa je kalau guna perkataan tu...
camne kalau budak kecil tiru perkataan tu?kan ke haru biru...
then bangsa asing yang dengar mesti anggap bangsa kita bangsa teruk sebab asyik cakap lucah (walaupun bangsa mereka sebenarnya lebih teruk ceh)...


OK as the konklusinya...
kurangkan dan better hentikanlah cakap lucah dan kasar ni...
xde maknanya COOL...
kalau COOL korang boleh guna perkataan tu dengan mak bapak korang k...
BUDI BAHASA BUDAYA KITA...
OK gua merepek please baca k

Friday, 24 February 2012

OBSESSSSS......

OK halu halu halululu...
korang dah baca kan tajuk post gua hari ni?
so jangan banyak tanya la sebab gua hari ni nak merepekwak pasal obses-obses ni...


Ok mula-mula sekali gua nak mengetahui la...
korang ada obses kat apa-apa atau sesiapa x?
haaa????  xtau apa itu obses???!!! (terkejut beghok la tu konon cis)

OK la obses ni ikut yang gua faham la...
obses ni adalah kita gilakan sesuatu ada seseorang itu sehinggakanlah kita sanggup lakukan apa aja untuk apa yang kita obses tu....
kira macam minat gila khinzir la (bukan minat khinzir k)...


OK contohnya, gua ada sorang kawan ni la...
dia obses gila la ngan Naruto...
tiap hari mesti tengok citer Naruto tu, kalau sehari x tengok x sah la kehidupannya...
siap kumpul mainan,patung kecik Naruto tu, kumpul komik-komik Naruto...
sampai kalau leh jumpa spender gambar Naruto pun dia beli...

OK tu contoh je la...
bagi gua, x salah kalau nak obses-obses ni...
cuma jangan melebih-lebih la...
contohnya obses ngan gula-gula kapas sampai sanggup rompak kedai runcit semata-mata nak dapatkan gula-gula kapas...
contoh lain cam obses ngan artis cam Justin Bieber, AC DC ke, Slash ke sampai sanggup tido luar stadium untuk jadi orang pertama yang beli tiket konsert artis-artis tu...

OK gua pun ada obses gak...
gua obses kat Lisa Surihani...
tapi apakah daya, Yusry dah dapat beliau...
tapi walaupun beliau obses kat Lisa Surihani sekalipun gua xde la sampai nak bunuh diri ke, wat video kat youtube luah perasaan kecewa x dapat Lisa Surihani...
gua memang kecewa tapi kecewa gua terubat la gak sebab gua masih ada Neelofa k (sila tumbuk gua kalu korang geli)...


OK as the conclusion is...
obses-obses la gak...
yang penting baca blog gua (ececehhhh)...
gua merepek please baca k
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...